Selamat datang ke dunia Ramadan!
Dunia Ramadan penuh misteri,
Amalan baik disulam sehari-hari,
Tersirat hikmah di bulan suci,
Menguatkan iman, jiwa bersemi. 🌙✨
Study Duration
10 Min
Assalamualaikum adik-adik yang disayangi!

Selamat datang ke dunia penuh misteri Ramadan! Pernah tak adik-adik terfikir, kenapa kita perlu berpuasa? Betulkah syaitan diikat sepanjang bulan Ramadan? Kenapa doa kita lebih mudah dimakbulkan dalam bulan yang mulia ini?

Dalam buku ini, kita akan menyelami pelbagai kisah menarik dan fakta-fakta istimewa tentang Ramadan yang mungkin adik-adik belum tahu. Bukan sekadar membaca, adik-adik juga boleh menulis jurnal Ramadan dan mewarna gambar-gambar menarik berkaitan Ramadan.
Jadi, bersedia untuk menyelesaikan Misteri Ramadan? Jom kita mulakan pengembaraan kita!

Text Lessons
#1
Selamat datang ke dunia Ramadan!
#2
Misteri Bulan Puasa
#3
Bila Ramadan Tiba? Bagaimana kita tahu sudah masuk bulan Ramadan?
#4
Betulkah Syaitan Dibelenggu?
#5
Apa Lailatul Qadar dan Bila Ia Berlaku?
#6
Rahsia Makanan Rasulullah SAW
#7
Doa Harian
#8
Ramadan & Alam Semulajadi
#9
Doa Mustajab di Bulan Ramadan
#10
Rahsia Kesihatan & Ramadan
#11
Rahsia Makanan Si Cilik Hebat!
View full lessons
Check course learning page