About Me
Pendidik, penulis dan usahawan dalam bidang arkitektural dan pembinaan bangunan yang menggabungkan kepakaran teknikal dengan kemahiran mengajar. Dikenali sebagai individu yang disiplin, beliau mampu menangani pelbagai situasi dengan pendekatan objektif dan profesional.
LATAR BELAKANG
Lahir pada 1978, Raja Bersiong memiliki Ijazah Sarjana Muda Senibina Landskap (Kepujian) dari UPM dan Diploma Pendidikan dari UIAM. Beliau merupakan antara pelajar cemerlang SPM 1995 aliran Sains Tulen dengan prestasi cemerlang (Gred 1, Agregat 13) dari Sekolah Menengah di utara tanah air.
KECEMERLANGAN PENDIDIKAN
Di Kolej Profesional MARA, beliau menyerlah sebagai Pegawai Pendidikan yang memenangi Anugerah Mutiara - Pensyarah Berprestasi Tinggi (2011, 2013) dan Pensyarah Pendidik Rajin (2013). Beliau mengajar pelbagai subjek Akademik dan Kemahiran, bertindak sebagai Penasihat Akademik kepada para pelajar, ahli Unit Tindakan Tatatertib Kolej, dan juga menjawat tugas sebagai Pengerusi Kelab Kebajikan Kakitangan selain juga sebagai Penasihat Kelab Seni Muzik kolej.
Beliau juga pernah aktif sebagai salah seorang Fasilitator Luar di Pusat Perkembangan Pelajar di Universiti Putra Malaysia dengan pengalaman 10 tahun melatih pelajar dalam tujuh kemahiran insaniah kritikal: komunikasi, pemikiran kritis, kerja berpasukan, pembelajaran sepanjang hayat, keusahawanan, etika profesional, dan kepimpinan.
KEPAKARAN PROFESIONAL
Kerjaya profesional beliau termasuk posisi sebagai:
Memiliki dan menguruskan beberapa buah syarikat pembinaan yang menguruskan projek pembinaan bangunan "Design and Build" dan juga Kontraktor Penyiap/ Pengambilalih bagi pembinaan yang terbengkalai, selain daripada menguruskan rumah penerbitan yang menerbit dan memasarkan karya karya penulis amatur di Malaysia.
Pernah menjawat jawatan Eksekutif Pengurusan Regional di antara salah sebuah GLC terbesar di Malaysia, yang menyelia pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur di sepanjang Lebuh Raya PLUS dan juga CYberjaya selain terlibat dalam projek pembangunan bernilai ratusan jutaan ringgit di Doha, Qatar dan Abu Dhabi UAE, selain pelbagai projek lain di dalam negara.
FALSAFAH IKIGAI, SASTERA & SENI
Raja Bersiong menerapkan konsep IKIGAI yang berasal dari Jepun tetapi disesuaikan dengan ciri Malaysia dalam kehidupan profesionalnya, mencari persilangan sempurna antara apa yang dicintai, apa yang diperlukan dunia, apa yang boleh dibayar, dan apa yang mahir dilakukannya. Pendekatan ini membolehkan beliau mengintegrasikan kreativiti senibina dengan kecenderungan mengajar secara harmoni.
Beliau juga aktif dalam bidang penulisan sastera tinggi (high literature), menggabungkan sensitiviti dan norma serta nilai masyarakat dengan kehalusan bahasa dalam karya-karya yang menerokai hubungan antara manusia, alam, dan spiritualiti. Beliau juga menulis dibelakang tabir ( ghostwriter) untuk beberapa oleh penulis tanah air selain menulis lirik untuk beberapa kumpulan muzik dan penyanyi.
PENYELIDIKAN
Kajian peribadi beliau "Senitaman Islam: Konsep Taman Syurga menurut Al Quran & Hadith dan Fungsi Taman Terhadap Pembangunan Insan" merupakan sebuah karya akademik yang mengesankan dalam konteks pengintegrasian nilai-nilai Islam tradisional dengan reka bentuk landskap kontemporari. Karya ini mencerminkan pendekatan holistik yang menjembatani jurang antara prinsip-prinsip kerohanian dan keperluan praktikal dalam pembangunan moden dan menjadi contoh bagaimana pengetahuan tradisional Islam dapat diintegrasikan dengan keperluan moden melalui pendekatan yang menghormati akar tradisi sambil bersikap responsif terhadap konteks kontemporari. Karya ini bukan sahaja memperkaya bidang arkitektur landskap Islam, tetapi juga menyumbang kepada wacana yang lebih luas tentang bagaimana nilai-nilai kerohanian dapat diterjemahkan ke dalam bentuk fizikal yang bermakna dan berfungsi dalam masyarakat moden
Raja Bersiong menggabungkan pengetahuan dalam bidang pendidikan dan pengurusan pembinaannya untuk menyumbang kepada pembangunan negara. Pengalamannya dalam kedua-dua sektor membolehkan beliau memahami keperluan pembangunan fizikal dan pembangunan modal insan secara serentak.
Melalui pendekatan yang seimbang, beliau terus menyumbang dalam usaha mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi cabaran masa depan dengan lebih baik dengan berkongsi pengetahuan dan skil kehidupan beliau dalam siri siri kursus dan juga e-book dan buku buku ilmiah yang diterbitkan.